Batu Sawar Kid

Rumah wan koi


Posted by Batu Sawar Kid
Newer Post Older Post Home

Tahun 6 (2011) SK Batu Sawar


Batu Sawar tanahairku indah,

Tempat orang datang dan pergi,

Walau kudengar berbagai kesah,

Kampungku sayang tetap di hati.


Mohd Hamizan Bin Abdul Aziz

Mohd Hamizan Bin Abdul Aziz
Klik koi
Kampung Gempu,
Kuala Krau,
28050 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Batu Sawar

Kampung Batu Sawar dipercayai telah wujud sejak tahun 1920-an lagi. Rata-rata penduduk asal Kampung Batu Sawar merupakan anak jati Negeri Pahang yang datang dari pelbagai kawasan seperti Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh.

Menurut cerita orang-orang tua di sini, terdapat sebuah batu yang berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Batu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Sang Kelembai.

"Mengikut lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu."

Suatu ketika dahulu, Sang Kelembai dipercayai telah lalu di Sungai Pahang dan terlihat sebuah sawar yang ditahan di tengah sungai. Sang Kelembai yang merasakan sawar tersebut telah menghalang laluannya terus menyumpah sawar tersebut. Akibat daripada sumpahan Sang Kelembai, sawar itu telah bertukar menjadi batu.

Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi bagi kampung ini. Para pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut.


Gunung Senyum

Terdapat satu lokasi pelancongan menarik di Kampung Batu Sawar, iaitu Hutan Lipur yang terletak kira-kira lima kilometer dari kawasan kampung. Pengunjung boleh melihat sendiri keindahan 18 buah gua batu kapur yang terdapat di dalam Gunung Senyum. Antara gua-gua yang terdapat di sini ialah Gua Angin, Gua Silat, Gua Kolam Tujuh dan Gua Makam Tok Long.

Gua-gua ini sering menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan luar negara. Keunikan stalaktit dan stalagmit menjadi daya tarikan utama kepada para pengunjung yang mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan. Gua-gua yang dianggarkan berusia lebih dari tiga ribu tahun masih lagi utuh sehingga ke hari ini.

Menurut cerita orang tua-tua di sini, jika diamati dengan teliti kelihatan seperti seorang wanita yang sedang berbaring sambil tersenyum. Bagaimanapun, mengikut maklumat di Pejabat Penerangan Gunung Senyum, ia mendapat nama sempena kisah Sultan Ahmad Shah yang pernah memerintah Negeri Pahang sekitar tahun 1800-an. Ketika itu, baginda sedang berakit di Sungai Pahang bersama pengiringnya dan terpesona dengan keindahan Gunung Senyum.

Baginda bertanya kepada pengiring akan nama gunung tersebut, namun semua pengiring baginda hanya mendiamkan diri sambil tersenyum sesama sendiri. Sebagai memperingati kejadian itu, baginda lantas menamakan gunung tersebut dengan nama Gunung Senyum.


Kampung Rangkaian

Antara kampung-kampung persekitaran (rangkaian) dengan Kampung Batu Sawar ialah Kampung Gempu, Kampung Teluk Sabak, Kampung Badak, Kampung Jonggok, Kampung Paya Gunung, Kampung Tamping dan Kampung Dingkir. Hubungan di antara penduduk Kampung Batu Sawar dengan penduduk kampung sekitar amat erat kerana mempunyai hubungan kekeluargaan seperti saudara mara dan sahabat handai.

Jambatan Kuala Krau

Pembinaan Jambatan Kuala Krau yang bernilai RM61 juta di sini memberi kesan positif kepada pembangunan dan ekonomi masyarakat kawasan itu khususnya di luar bandar.

Jambatan yang dirasmikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 8 Mac 2010 telah membawa manfaat kepada peneroka Felda, kampung tradisional dan Orang Asli.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pembinaan jambatan sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu memberi nafas baru dalam kegiatan sosioekonomi dan prasarana di kawasan tersebut.

Menurutnya, kemudahan itu memendekkan laluan antara Temerloh-Jerantut dan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Jengka kepada kira-kira 20 minit berbanding sejam sebelum ini.

“Pembukaan jambatan tersebut memberi kemudahan perhubungan kepada lebih 60,000 penduduk di kawasan ini termasuk warga Felda Tiga Segi Jengka, Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, jambatan itu bakal menjadi pemangkin yang mengubah landskap pembangunan di kawasan itu, di samping memendekkan perjalanan orang ramai untuk ke Temerloh, Jerantut dan Bandar Jengka.

Jelasnya, rakyat di dalam Parlimen Kuala Krau terharu dengan keprihatinan Sultan Pahang yang mencetuskan idea pembinaan jambatan itu dan ia menjadi kenyataan dalam tempoh singkat.

“Rakyat sangat terharu dengan keprihatinan baginda terhadap kemajuan projek itu sehingga baginda sanggup mencemar duli melihat sendiri pembinaannya sehingga boleh digunakan oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata, jambatan itu mula dibina pada Ogos 2007 dan siap mengikut jadual iaitu Februari 2010.













Blog Archive

  • ▼  2011 (8)
    • ▼  February (8)
      • Koi and the geng
      • Rumah wan koi
      • Selamat datang ke tempat koi
      • Masjid Kampung Teluk Sabak
      • Gunung Senyum
      • Masjid Kampung Batu Sawar
      • Senario kampung koi
      • Aktiviti Kaum Ibu

Laman Pautan

  • Maklumat Desa
  • Perpustakaan Desa I
  • Perpustakaan Desa II
  • SK Batu Sawar

Info Sana Sini

  • Kuala Krau
  • Jambatan Kuala Krau
  • Gunung Senyum







Picture Window theme. Theme images by sndrk. Powered by Blogger.